Sunday, 19 May 2013
|
|
News & Events
News
Bengkel Self Reliance Program OSS Sektor Awam Fasa III-Self Reliance Siri Ke-4
| Bengkel Self Reliance Program OSS Sektor Awam Fasa III-Self Reliance Siri Ke-4 |
|
|
Bengkel Self Reliance Program OSS Sektor Awam Fasa III Siri ke-empat telah diadakan pada 16 dan 17 Januari 2013 bertempat di Dewan Perdana Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Putrajaya. Tema Bengkel Self Reliance Siri 4 ialah Keupayaan (Pengurusan) dan objektifnya ialah untuk membantu dan memudahkan Kementerian menubuhkan infrastruktur teknologi dan infrastruktur sokongan yang diperlukan untuk menjayakan pelaksanaan Self Reliance OSS. Sebelum bengkel dimulakan, para peserta telah diberikan taklimat mengenai perjalanan bengkel dan status terkini tahap kematangan Self Reliance OSS oleh wakil dari MAMPU. Beberapa sesi pembentangan kertas kerja, demo, perbincangan kumpulan dan klinik telah diadakan bagi memberi fokus dan penekanan terhadap persediaan setiap Kementerian bagi menjangkau Self Reliance Tahap 4 dan seterusnya Tahap 5. Antaranya ialah seperti berikut: 1) Pembentangan, demo, perbincangan dan pembentangan kumpulan dengan tajuk “Sokongan Teknikal OSS-Langkah Seterusnya” 2) Perbincangan berkumpulan bertajuk “Kekangan Ke Arah Self Reliance OSS” 3) Pembentangan bertajuk “Infrastruktur Teknologi OSS” 4) Perbincangan berkumpulan bertajuk “Menilai Kemajuan Pelaksanaan Self Reliance OSS” 5) Pembentangan bertajuk “Persediaan Ke Arah Self Reliance OSS Tahap 5” 6) Klinik bertajuk “Meningkatkan Tahap Kematangan Self Reliance OSS Kementerian Anda” Bengkel yang telah diadakan selama dua (2) hari ini telah menepati objektif yang telah ditetapkan, iaitu membantu dan memudahkan Kementerian menubuhkan infrastruktur teknologi dan infrastruktur sokongan yang diperlukan. Ini membawa pengertian bahawa setiap Kementerian yang hadir pada bengkel siri ke-empat ini mendapat kefahaman untuk membentuk infrastruktur teknologi dan sokongan pelaksanaan yang diperlukan untuk melaksanakan Self Reliance OSS. Laporan Status Terkini dan Trend Tahap Kematangan Self Reliance OSS menunjukkan bahawa hasil bengkel setakat ini adalah amat memberangsangkan. Satu (1) Kementerian, iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), telah pun disahkan mencapai tahap kematangan Self Reliance OSS Tahap 5 sementara lima (5) lagi Kementerian telah dikenalpasti berpotensi mencapai tahap kematangan Self Reliance OSS yang tertinggi. Laporan juga telah menunjukkan peningkatan dalam setiap bidang fokus kaji selidik iaitu Polisi dan Garis Panduan, Sumber Manusia, Infrastruktur Teknologi dan Sokongan serta Kolaborasi dan R&D. Pencapaian setakat ini merupakan bukti komitmen dan usaha semua pihak untuk sentiasa meningkatkan diri dan memajukan Kementerian dalam mencapai sasaran Self Reliance OSS. Kertas pembentangan boleh dimuat turun di www.oscc.gov.my ![]() Ucapan aluan oleh Puan Tan King Ing ![]() Sebahagian peserta yang hadir ![]() Sesi perbincangan . ![]() Pembentangan sokongan teknikal OSS
|




