Follow us on Facebook
Home arrow News & Events arrow News arrow Taklimat MyGOSSCON 2012 kepada Komuniti Perisian Sumber Terbuka (OSS)
Taklimat MyGOSSCON 2012 kepada Komuniti Perisian Sumber Terbuka (OSS) Print
Taklimat MyGOSSCON 2012 kepada komuniti Perisian Sumber Terbuka (OSS) telah diadakan pada 22 November 2012 bertempat di Mini Auditorium, Aras 1, MAMPU.

Taklimat ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi taklimat kepada komuniti Perisian Sumber Terbuka (OSS) berkenaan dengan penganjuran Malaysian Government Open Source Software Conference (MyGOSCCON 2012) yang akan diadakan pada 26 November 2012 serta sesi Birds-of-a-feather (BOF).

Sesi taklimat ini adalah sebagai satu usaha agar komuniti OSS memberikan sokongan padu kepada usaha MAMPU menganjurkan persidangan yang dapat mendedahkan halatuju dan teknologi ICT dan OSS dalam menggerak dan merangsang pemikiran dan pengetahuan peserta ke arah teknologi OSS dalam era baru ICT.   

Komuniti OSS yang hadir juga sangat dialu-alukan untuk hadir pada MyGOSSCON 2012 sebagai peserta ataupun sukarelawan.
 
Taklimat oleh Puan Tan King Ing darI MAMPU
 
 Taklimat oleh En Jamalulkhair dari OSCC
 
Sebahagian komuniti OSS yang hadir