Follow us on Facebook
Home arrow News & Events arrow News arrow Hari Terbuka Perkhidmatan Online & Infrastruktur ICT Sektor Awam Edisi Sarawak
Hari Terbuka Perkhidmatan Online & Infrastruktur ICT Sektor Awam Edisi Sarawak Print
OSCC MAMPU telah dijemput untuk menyertai Hari Terbuka Perkhidmatan Online & Infrastruktur ICT Sektor Awam Edisi Sarawak pada 5 Disember 2012 bertempat di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching, Sarawak.  Hari Terbuka Perkhidmatan Online & Infrastruktur ICT Sektor Awam Edisi Sarawak kali ini telah dirasmikan oleh YB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.

OSCC MAMPU juga telah dipelawa untuk membuka booth pameran pada program tersebut. Antara produk yang dipamerkan ialah MyMesyuarat, MyDocManager, MyBooking dan lain-lain. Satu sesi taklimat telah diadakan untuk memperkenal MyMesyuarat kepada para pengunjung hari terbuka yang telah disampaikan oleh Puan Ruziah Mokhtar, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Open Source dan Open Standard Sektor Awam, Bahagian Dasar dan Perancangan ICT, MAMPU.

Para pengunjung diberikan penerangan berkaitan kebaikan dan kelebihan penggunaan sistem MyMesyuarat. Selain sesi taklimat, turut diadakan juga sesi kuiz untuk menguji pengetahuan para pengunjung berkaitan MyMesyuarat. Pelbagai hadiah menarik disediakan untuk pengunjung yang dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan betul.

Selain OSCC MAMPU, terdapat pelbagai agensi kerajaan yang turut sama menyertai hari terbuka ini. Para pengunjung diberikan pelbagai informasi terutamanya berkaitan perkhidmatan online yang disediakan oleh agensi masing-masing. Diharapkan hari terbuka seperti ini dapat memberikan manfaat kepada semua yang hadir pada hari tersebut.
 
 YB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak turut meluangkan masa melawat booth pameran OSCC MAMPU diiringi oleh YBhg. Dato' Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah MAMPU
 
Antara pengunjung yang menghadiri Hari Terbuka Perkhidmatan Online & Infrastruktur ICT Sektor Awam Edisi Sarawak
 
Sesi taklimat MyMesyuarat yang disampaikan oleh Puan Ruziah Mokhtar
 

Sesi kuiz dijalankan.

 

 

Sesi penerangan MyMesyurat di booth kepada para pengunjung.

 

Para pengunjung diberikan penerangan berkaitan produk-produk OSCC MAMPU