Tuesday, 21 May 2013
|
|
News & Events
News
Bengkel Self Reliance Program OSS Sektor Awam Fasa III-Self Reliance Siri Ke-3
| Bengkel Self Reliance Program OSS Sektor Awam Fasa III-Self Reliance Siri Ke-3 |
|
|
Bengkel Self Reliance Program OSS Sektor Awam Fasa III Siri ketiga telah diadakan pada 4-5 September 2012 bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Putrajaya. Tema Bengkel Self Reliance Siri ketiga ialah Pengetahuan (Knowledge). Objektif bengkel ini ialah untuk menyediakan stakeholder dengan pengetahuan dan kemahiran ke arah melaksanakan perubahan. Bengkel ini juga diharapkan akan dapat memberi pendedahan kepada Kementerian tentang cara untuk membentuk pasukan pelaksana dan sokongan yang terlatih dan kaedah mempromosi serta menyampaikan perubahan kepada semua stakeholder yang terlibat di dalam Kementerian masing-masing. Pihak OSCC MAMPU telah membuat pembentangan dengan tajuk-tajuk berikut: 1) Laporan Status Terkini Tahap Kematangan Self Reliance 2) Persediaan Ke Arah Self Reliance Tahap 4 3) Pembangunan Sumber Manusia Ke Arah Self Reliance 4) Mengkomunikasikan Perubahan 5) Meningkatkan Pengetahuan OSS Selain daripada sesi pembentangan, aktiviti perbincangan dan pembentangan kumpulan dengan tajuk Membangunkan Matriks Komunikasi turut diadakan. Melalui perbincangan ini, setiap kumpulan akan menyenaraikan stakeholder, objektif komunikasi dan mesej utama yang perlu disampaikan. Mereka juga akan memilih saluran komunikasi yang terbaik dan penyampai yang bersesuaian. Sesi pada hari kedua diteruskan dengan taklimat bertajuk Meningkatkan Pengetahuan OSS oleh wakil dari OSCC. Objektif taklimat adalah untuk memberi penerangan ringkas tentang bagaimana untuk meningkatkan pengetahuan OSS bagi individu dan Kementerian secara keseluruhan. Pengetahuan yang meluas mengenai OSS adalah faktor utama bagi kejayaan pelaksanaannya di Kementerian. Setelah itu diadakan pula sesi perkongsian pengalaman dan perbincangan dengan tajuk seperti berikut: 1) Pelaksanaan OSS KPKT - Puan Zuraidah Mamat Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2) Pelaksanaan OSS KSM - Puan Wan Mimi Wan Omar Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Perkongsian pengalaman oleh kedua-dua kementerian ini akan dapat membantu dan memberi pendedahan yang lebih meluas mengenai pelaksanaan OSS di kementerian-kementerian lain seterusnya menyakinkan peserta bahawa pelaksanaan OSS boleh dilaksana dan memberi manfaat terutama dari segi penjimatan kos. Selain daripada siri bengkel yang telah diadakan, OSCC MAMPU juga telah menyediakan pelbagai khidmat sokongan bagi mendorong Kementerian ke arah mencapai Self Reliance menerusi program pengurusan perubahan seperti Promosi dan Kolaborasi, Latihan, Meja Bantuan dan Sokongan Teknikal, Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan Sokongan Aplikasi. MAMPU yakin agensi Sektor Awam akan terus maju ke tahap Self Reliance yang lebih tinggi seterusnya mencapai Self Reliance di dalam erti kata yang sebenarnya di mana Kementerian mampu berdikari dengan sokongan yang minima dari OSCC MAMPU. Sektor Awam digalakkan untuk memanfaatkan segala kemudahan yang telah disediakan bagi menghidupkan komuniti OSS Sektor Awam. Kertas pembentangan boleh dimuat turun di www.oscc.gov.my. ![]() Antara peserta yang hadir ![]() Sesi perbincangan Rumusan dan penutup oleh Puan Tan King Ing |


