Sunday, 19 May 2013
|
|
News & Events
News
Taklimat Pertandingan Kandungan Multimedia Kreatif Sempena MyGOSSCON 2012
| Taklimat Pertandingan Kandungan Multimedia Kreatif Sempena MyGOSSCON 2012 |
|
|
Taklimat Pertandingan Kandungan Multimedia Kreatif 2012 sempena Malaysian Government Open Source Software Conference (MyGOSSCON) 2012 telah diadakan pada 9 Ogos 2012 bertempat di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Antara yang hadir dari pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah Tuan Haji Wan Yusof Wan Yaacob, Setiausaha Bahagian, Pengurusan Maklumat, Puan Maheran Abdul Rahman, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Maklumat serta wakil-wakil Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri dan wakil-wakil Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG).
MAMPU pula dihadiri oleh Puan Tan King Ing, Timbalan Pengarah, Seksyen Open Source & Open Standard Sektor Awam, Bahagian Dasar dan Perancangan ICT, MAMPU serta beberapa pegawai lain. Taklimat yang diberikan oleh Puan Rusliza Hanim Maarif, Ketua Penolong Pengarah, MAMPU bertujuan untuk memaklumkan dengan lebih terperinci mengenai pertandingan yang akan diadakan. Ia meliputi tujuan dan latar belakang pertandingan, skop, objektif pertandingan, tugasan projek, syarat-syarat penyertaan, kriterian penilaian serta hadiah yang bakal dimenangi oleh para peserta. Kerjasama yang terjalin di antara MAMPU dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah bermula sejak dari tahun 2009 hingga 2011 dengan memperkenalkan Pertandingan OpenOffice.org bagi meningkatkan kesedaran mengenai OSS di kalangan murid-murid sekolah rendah dan menengah. Pertandingan Kandungan Multimedia Kreatif 2012 yang berasaskan pembelajaran adalah merupakan pertandingan yang pertama kali diadakan. Pertandingan yang diadakan merangkumi dua kategori iaitu Kategori Sekolah Menengah dan Kategori IPG & Kolej Matrikulasi. Pertandingan Kandungan Multimedia Kreatif 2012 adalah merupakan antara aktiviti utama sempena MyGOSSCON 2012 yang menawarkan hadiah berjumlah RM 16,700.00 kepada para pemenang. KPM dan MAMPU berharap pertandingan yang akan diadakan ini akan dapat menyerlahkan bakat serta potensi diri setiap peserta yang mengambil bahagian sekaligus dapat mencapai objektif seperti yang telah dirancangkan. Wakil yang hadir juga adalah dialu-alukan untuk menyebarkan maklumat kepada semua sekolah menengah, kolej matrikulasi dan IPG yang terlibat. Maklumat lanjut mengenai Pertandingan Kandungan Multimedia Kreatif 2012 boleh dilayari di http://mygosscon.oscc.org.my/2012/ ![]() Ucapan Aluan oleh Puan Tan King Ing ![]() Puan Rusliza Hanim sedang memberikan taklimat kepada wakil dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ![]() Antara wakil KPM yang hadir |



