Follow us on Facebook
Home arrow News & Events arrow News arrow Program Open Source Software (OSS) Sektor Awam Fasa III-Self Reliance & Klinik/Demo Produk
Program Open Source Software (OSS) Sektor Awam Fasa III-Self Reliance & Klinik/Demo Produk Print

 

Seminar Regional

Program Open Source Software (OSS) Sektor Awam Fasa III-Self Reliance & Klinik/Demo Produk

Open Source Competency Centre (OSCC)



Tarikh : 11-12 Julai 2012

Tempat : Dewan Berlian

Hotel Permai, Kuala Terengganu

Terengganu


Seminar Regional Zon Pantai Timur (Terengganu, Kelantan dan Pahang) yang berlangsung dengan jayanya selama dua hari bermula dari 11 Julai hingga 12 Julai 2012 telah membawa satu perkongsian pelaksanaan OSS Sektor Awam dengan beberapa tajuk pembentangan iaitu:


a) Program OSS Sektor Awam Fasa III Self Reliance termasuk Program Pengurusan Perubahan bagi menggerakkan agensi ke arah mencapai Self Reliance

b) Kajian kes dari tiga (3) agensi Kerajaan

c) MyGIFOSS-Malaysian Government Interoperability Framework OSS

d) Perkhidmatan dan Rangkaian Produk OSCC MAMPU

e) Platform Kolaborasi OSCC MAMPU

f) Klinik dan Demo produk-produk OSCC-MyMesyuarat dan MyTaskManager


Seramai 139 peserta telah hadir dari Zon Pantai Timur termasuk wakil dari Melaka dan Kuala Lumpur. Seminar kali ini diharapkan dapat memberikan gambaran yang lebih jelas dan terperinci kepada semua agensi yang hadir mengenai pelaksanaan Program OSS Sektor Awam Fasa III Self Reliance dan Pengurusan Perubahan (Change Management) yang telah dirancang di samping dapat membantu agensi meningkatkan lagi keupayaan dalam penggunaan OSS di setiap bidang dan ruang kerja.


Selain itu, tiga (3) penceramah telah dijemput untuk membentangkan mengenai kajian kes kejayaan pelaksanaan program OSS seperti dari Sekolah Kebangsaan Paya Bunga, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan Unit Pengurusan Maklumat Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Kajian kes dari ketiga-tiga penceramah ini dapat dijadikan panduan kepada semua peserta yang hadir.


Sekolah Kebangsaan Paya Bunga telah membuktikan bahawa mereka bukan sahaja dapat menjadi contoh yang baik kepada sektor pendidikan di Malaysia bahkan juga menarik perhatian pihak luar. Penggunaan OSS yang berkesan dapat membantu pelajar untuk meningkatkan keupayaan dalam pembelajaran sekaligus membina reputasi yang baik untuk sekolah.


Sistem e-Pantau SPM yang diperkenalkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu ternyata amat berkesan untuk memantau prestasi pelajar dan guru-guru yang terlibat. Ini dibuktikan dengan pencapaian membanggakan negeri Terengganu dalam peperiksaan setiap tahun.


Kejayaan Unit Pengurusan Maklumat Negeri Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dalam melaksanakan Program OSS dapat dijadikan panduan yang berguna kepada agensi lain yang hadir. Walaupun wujud kekangan dan permasalahan, namun ia dapat diatasi dengan adanya kerjasama padu daripada semua pihak di agensi terbabit. Kolaborasi yang dilaksanakan oleh unit ini dengan agensi-agensi lain di Terengganu harus dipuji dan diikuti.


Sesi penerangan mengenai perkhidmatan, latihan dan rangkaian produk OSCC MAMPU yang dijalankan secara interaktif dapat memberikan lebih pengetahuan dan maklumat mengenai OSS. Demo produk MyMesyuarat dan MyTaskManager telah mendapat sambutan yang baik dengan kebanyakan peserta dilihat begitu bersemangat mendengar segala penerangan yang diberi oleh tenaga pengajar.


Secara ringkasnya, Seminar Regional dan Klinik/Demo produk kali ini telah berjaya mencapai objektif seperti yang dikehendaki. MAMPU OSCC juga telah merancang untuk mengadakan Seminar dan Klinik Produk di tiga lagi zon seperti berikut:

 

 Tempat   Tarikh
 1) Sabah & Sarawak September 2012
 2) Kawasan Tengah (Central)   Oktober 2012
 4) Utara   Disember 2012

 

 

Wakil MAMPU OSCC bersama dengan Tuan Haji Che Abd Rani bin Mohd dan En. Nasir bin Ismail

 

Peserta Seminar Regional Zon Timur
 
Puan Tan King Ing bersama dengan penceramah
 
Pemberian cenderahati kepada Puan Tan King Ing