Follow us on Facebook
Home arrow News & Events arrow News arrow Program Kesedaran Penggunaan Perisian Sumber Terbuka (OSS)
Program Kesedaran Penggunaan Perisian Sumber Terbuka (OSS) Print

Tarikh    :    25 Jun 2012
Tempat  :    Dewan Kuliah Fakulti, Fakulti Ekonomi dan Muamalat,
                 Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan
Anjuran:      Pusat Teknologi Maklumat, USIM

Program Kesedaran Penggunaan OSS telah diadakan sebelum berlangsungnya Majlis Pelancaran Program CTP Open Source Software (OSS), USIM.  Program Kesedaran dimulakan dengan Ucapan oleh Encik Idris Takyan, Timbalan Pengarah (Infrastruktur ICT), Pusat Teknologi Maklumat, USIM. Program ini telah dihadiri oleh profesor, pensyarah dan pegawai-pegawai Teknologi Maklumat USIM serta wakil luar.  Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa gembira kerana USIM telah dilantik oleh MAMPU sebagai Certified Training Provider (CTP) yang diiktiraf untuk menyokong usaha kerajaan dalam melaksanakan Pelan Strategik Program OSS Sektor Awam.  

Seramai dua orang penceramah dari MAMPU OSCC telah dijemput untuk menerangkan dengan lebih jelas Pelan Strategik Program OSS Sektor Awam dan Rangkaian Perkhidmatan serta Produk OSCC.  Mereka adalah Puan Rusliza Hanim Maarif, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Open Source dan Open Standard Sektor Awam, MAMPU dan Encik Shaharizal Othman, OSCC.  

Adalah diharapkan dengan adanya kepakaran di bidang Open Source, pelbagai inisiatif dapat dilakukan  dengan menggunakan OSS dan dapat diaplikasikan di USIM. 

 

Encik Idris Takyan sedang memberi Ucapan Pembukaan

 

Para jemputan sedang mendengar taklimat.

 

  

Program Kesedaran Pengunaan Perisian Sumber Terbuka