|
|
News & Events
News
Klinik Dan Demo Produk Oscc : Zon Selatan - 13 & 14 Jun 2012
| Klinik Dan Demo Produk Oscc : Zon Selatan - 13 & 14 Jun 2012 |
|
|
Tarikh : 13 – 14 Jun 2012 Tempat : The Puteri Pacific Johor Bahru, Johor Darul Takzim
Lanjutan daripada Seminar Program OSS Sektor Awam yang telah diadakan pada 12 & 13 Jun 2012 di The Puteri Pacific Johor Bahru, satu program Klinik dan Demo Produk OSCC telah diadakan selama dua hari. Klinik dan Demo Produk OSCC ini diadakan adalah untuk memperkenalkan serta memberikan pendedahan mengenai OSCC dan produk OSCC serta Fasa III – Self Reliance dengan lebih mendalam.
Selain daripada itu, OSCC MAMPU dapat mempromosikan produk sedia ada di OSCC supaya dapat diadaptasi dan diaplikasi sepenuhnya oleh agensi-agensi di Sektor Awam. Pemfokusan telah diberikan kepada tiga produk yang utama iaitu:
a) MyMesyuarat b) MyTaskManager c) MyDeskTopManager
Promosi juga diadakan dengan memberi penjelasan lebih terperinci skop OSCC dalam bidang : a) Latihan b) Sokongan teknikal c) Pembangunan dan penyelidikan d) Promosi dan kolaborasi
Klinik dan Demo Produk OSCC selama dua hari ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Ini kerana peserta dapat melontarkan segala permasalahan melalui produk yang telah digunapakai seperti MyMesyuarat. Para Pemudahcara adalah terdiri daripada Seksyen Open Source dan Open Standard Sektor Awam, MAMPU dan OSCC MAMPU.
Hasil daripada Klinik dan Demo Produk selama dua hari, kaji selidik untuk instalasi produk telah mendapati bahawa agensi-agensi Sektor Awam amat berminat untuk mengunapakai produk-produk OSCC. Statistik untuk instalasi produk OSCC adalah seperti di bawah :
Pelbagai persoalan dan kuiz telah dilontarkan sepanjang sesi Klinik dan Demo Produk OSCC berlangsung. Ia membuatkan sesi ini amat menarik dan interaktif seterusnya mendedahkan peserta untuk memahami dengan lebih jelas dan mendalam bagi setiap produk.
Klinik dan Demo Produk OSCC akan diteruskan lagi di Zon Pantai Timur (Kelantan, Pahang dan Terengganu), Zon Utara (Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak), Zon Tengah (Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur) dan Zon Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak).
Maklumat lanjut, bolehlah diperolehi di laman web http://opensource.mampu.gov.my atau http://www.oscc.org.my
![]() Antara peserta yang hadir pada Klinik Dan Demo Produk Oscc : Zon Selatan Klinik Dan Demo Produk Oscc : Zon Selatan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Puan Tan King Ing, Timbalan Pengarah Seksyen Open Source dan Open Standard Sektor Awam yang turut berkongsi maklumat dengan para peserta. Para peserta mencuba sendiri produk OSCC iaitu MyMesyuarat.
|
||||||||||||||||||||||||||||

