Follow us on Facebook
Home arrow News & Events arrow News arrow Bengkel Industrial Participation Plan (IPP)
Bengkel Industrial Participation Plan (IPP) Print



Tarikh : 15 Mei 2012

Tempat : Dewan Serbaguna

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar


Bagi membantu Sektor Awam merealisasikan hasrat untuk melangkah ke Fasa III Self Reliance, MAMPU OSCC telah mengadakan Bengkel OSS Industry Participation Plan (IPP) bersama Sektor Swasta pada 15 Mei 2012. Antara yang hadir pada bengkel tersebut adalah IBM, Oracle Corporation, Suse, Serai Solutions dan KPerak Inc. Corporation.


Tujuan utama Bengkel OSS IPP diadakan adalah bagi memaklumkan Pelan Induk OSS Sektor Awam Fasa III Self Reliance dan untuk memantapkan kolaborasi dan perkongsian pintar di antara Sektor Awam dan Swasta. Melalui bengkel tersebut dapat dilihat bahawa Sektor Swasta memberikan sokongan di atas usaha MAMPU memantapkan pelaksanaan Self Reliance ini. Selain itu, bengkel ini diadakan juga adalah untuk mempromosikan Knowledge Bank dan e-marketplace OSCC sebagai salah satu platform bagi jaringan rangkaian dan perkongsian pengalaman di antara ke dua-dua belah pihak.


Maklumbalas amat positif kerana peserta yang hadir pada bengkel tersebut bersetuju untuk berkongsi maklumat dengan MAMPU mengenai OSS amnya dan pelaksanaan Self Reliance khususnya agar usaha ke arah pemantapan Self Reliance akan mencapai matlamat. Usaha perkongsian maklumat diharap berterusan melalui medium seperti Facebook dan laman web OSCC.


Pada bengkel tersebut, empat (4) topik utama telah dibincangkan bagi mengenalpasti cabaran, peluang dan strategi iaitu Pembangunan Modal Insan (Human Capital Development), Perkembangan ICT Tempatan (Local ICT Growth), Technology Level Standardization dan Sokongan Pengguna (Consumer Support).


Beberapa perkara yang dibincangkan semasa bengkel IPP diharapkan dapat dijadikan panduan dalam melaksanakan Fasa III Self Reliance. Maklumbalas dari Bengkel OSS IPP telah mengenalpasti perkara-perkara berikut:

  • Pembangunan modal insan sebagai satu aspek penting bagi pelaksanaan OSS dengan lebih menyeluruh.

  • Pendedahan mengenai asas OSS haruslah dibuat melalui sukatan matapelajaran yang meliputi asas-asas Open Source baik di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat universiti. Pelajar-pelajar akan dapat memahami aspek-aspek asas mengenai OSS dan ini akan membantu mereka untuk menjadi lebih inovatif dan kompetitif di dalam ICT amnya dan OSS khususnya.


Lanjutan dari ini, penilaian tahap kematangan boleh dijalankan oleh badan-badan yang terdiri daripada pihak Industri, Kerajaan dan wakil-wakil universiti. Oleh itu, latihan dan program kesedaran hendaklah sentiasa diadakan bagi mengurangkan kadar penolakan oleh pengguna.


Kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh Sektor Swasta ke atas bengkel yang dianjurkan ini amat positif dan meyakinkan. Ini memberi petanda bahawa pelaksanaan ke arah Self Reliance di kedua-dua Sektor adalah di landasan yang betul. MAMPU akan terus menyokong segala usaha yang dijalankan agar pelaksanaan ini akan mencapai matlamat seperti yang dikehendaki.

 

Sesi perbincangan kumpulan.
 
Pembentangan kumpulan.
 
Perbincangan kumpulan.