|
|
News & Events
News
Mesyuarat Pelaksanaan Program 'Certified Training Provider' (CTP) Open Source Software USIM MAMPU
| Mesyuarat Pelaksanaan Program 'Certified Training Provider' (CTP) Open Source Software USIM MAMPU |
|
|
Tarikh : 2 Mei 2012 Tempat : Bilik Mesyuarat Utama PTM, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Mesyuarat Pelaksanaan Program CTP Open Source Software di antara pihak USIM dan MAMPU telah diadakan pada 2 Mei 2012. Mesyuarat ini adalah rentetan daripada siri perbincangan di antara USIM dan MAMPU pada bulan Mac dan April 2012.
Mesyuarat telah diketuai oleh Encik Idris Takyan dari USIM dan Puan Siti Hawa Mahadi dari MAMPU OSCC.
Tujuan utama mesyuarat kali ini diadakan ialah untuk membincangkan cadangan pelaksanaan program CTP-OSS USIM MAMPU serta membentangkan senarai jadual kursus CTP-OSS dan pasukan kerja CTP-OSS USIM.
Mesyuarat turut membincangkan mengenai aktiviti yang telah dirancang bagi menjayakan program ini. Antaranya ialah siri taklimat/roadshow bagi memberi kesedaran kepada pelajar dan kakitangan USIM mengenai OSS. MAMPU berperanan untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai agar program ini akan mencapai matlamat. Aktiviti yang dirancang diadakan pada bulan Mei dan Jun 2012 turut melibatkan pasukan kerja OSS-CTP USIM.
Majlis pelancaran program Open Source Software dijangka akan diadakan pada bulan Julai 2012 di USIM. Mesyuarat bersetuju agar ia dirasmikan oleh Ketua Pengarah MAMPU dan Naib Canselor USIM. Pasukan kerja akan melibatkan MAMPU OSCC dan PTM. Antara intipati majlis pelancaran ialah Produk Demo dan sasaran utama adalah para pelajar Sarjana Muda dan Sarjana USIM.
Mesyuarat juga merancang untuk mengadakan siri latihan OSS secara berterusan bermula pada bulan Mei 2012 hingga ke bulan Disember 2012 dengan mensasarkan kepada Pegawai Teknikal PTM, Setiausaha Pejabat, Penolong Pendaftar, Pelajar USIM serta komuniti luar. Selain itu, latihan pengisian produk OSS-MAMPU seperti MyTaskManager dan MyDesktop Manager juga akan diadakan pada bulan November dan Disember 2012.
Perbincangan lanjut mengenai cadangan program ini akan diadakan dalam masa terdekat. MAMPU OSCC akan sentiasa memberikan sokongan padu agar program yang dirancang dapat diadakan dengan jaya dan lancar.
![]() Sesi Perbincangan Antara wakil USIM yang hadir. Wakil USIM memberikan cenderamata kepada wakil MAMPU MAMPU OSCC dan USIM bergambar kenangan
|

