Di bawah adalah syarat -syarat penggunaan Portal OSCC, serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan / atau menggunakan perkhidmatan di laman web ini.

Sekiranya anda mengakses portal ini, anda mengakui dan bersetuju bahawa terma-terma dan syarat-syarat yang mengikat anda dan terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, Kerajaan Malaysia bagi akses dan / atau penggunaan laman web ini .

Terma dan syarat ini akan menggantikan syarat -syarat yang anda terima atau akses menerusi portal sebelumnya. Penggunaan dan / atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat- syarat ini.

Had Tanggungjawab

Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan langsung, tidak langsung , sampingan , khas, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:

( 1 ) Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;

( 2 ) Kos perolehan barangan dan perkhidmatan sebarang barangan , data, maklumat atau perkhidmatan pengganti atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada portal ini ;

( 3 ) Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;

( 4 ) Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di portal ini ; atau

( 5 ) Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan portal ini.

 

Pautan

Kerajaan Malaysia boleh menyediakan pautan kepada laman web lain. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu , Kerajaan Malaysia tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan , produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut . Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa Kerajaan Malaysia tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungan , secara langsung atau tidak
langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan atau yang didakwa telah disebabkan oleh atau berkaitan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan , barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut.

 

Penamatan

Kerajaan Malaysia boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa , dengan sebab atau tanpa sebab , atau tanpa notis, berkuatkuasa serta merta. Kerajaan Malaysia boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif , iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan laman untuk tempoh masa yang panjang . Anda bersetuju bahawa Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.

 

Perubahan kepada Syarat-syarat Perkhidmatan

Kerajaan Malaysia berhak pada setiap masa untuk membuat perubahan, pengubahsuaian , pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun , dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan portal atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana Kerajaan Malaysia mendapati perlunya untuk mengubah , mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini , ia akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Ia diterima bahawa untuk menjaga diri anda up- to-date dengan sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini , anda bersetuju untuk mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa dan secara tetap . Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat -syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa ) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat -syarat ini.

 

Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan

Kerajaan Malaysia berhak pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa untuk mengubah suai atau menamatkan, sementara atau tetap, perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) dengan atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa Kerajaan Malaysia tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.

Umum

Terma dan syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan Terma Standard. Sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan atau percanggahan di antara Terma dan Syarat ini dan Syarat Standard, syarat-syarat ini akan terpakai hanya setakat ketidakselarasan atau konflik tersebut.

Tajuk-tajuk yang digunakan di dalam Terma dan Syarat ini adalah untuk rujukan dan kemudahan sahaja dan tidak boleh diambil kira dalam tafsiran Terma dan Syarat ini.

Jika mana-mana peruntukan Terma dan Syarat ini didapati menyalahi undang-undang atau tidak sah di masa ini atau undang-undang masa depan atau peraturan yang berkuat kuasa dan digunakan, peruntukan tersebut hendaklah dibatalkan sepenuhnya dan Terma dan Syarat ini akan ditafsirkan sebagai adalah peruntukan yang haram atau tidak sah itu tidak pernah terdiri sebahagian daripada Terma dan Syarat ini dan peruntukan-peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini akan kekal berkuat kuasa penuh dan berkuat kuasa dan tidak akan terjejas oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau tidak sah atau pemutusan daripada Terma dan Syarat ini.

OPEN SOURCE COMPETENCY CENTRE (OSCC)

Bahagian Pembangunan Aplikasi

Unit Pemodenan Tadbiran

Dan Perancangan Pengurusan Malaysia(MAMPU)

Jabatan Perdana Menteri

Level 4, Block B
Bangunan MKN-Embassy Techzone
No 3200  JalanTeknokrat 2
63000 Cyberjaya
Selangor, Malaysia

Telefon: +603-8000 8000
Faksimili: +603-8318 2162
Emel: osdec@mampu.gov.my
Website: oscc.mampu.gov.my