OSCC , MAMPU menghasilkan garis panduan yang tetap dan menyediakan khidmat nasihat untuk membantu agensi-agensi sektor awam dalam melaksanakan OSS. Mereka yang telah diluluskan untuk diterima pakai dalam sektor awam untuk membimbing pelaksanaan OSS oleh agensi-agensi adalah seperti di bawah:

POLISI:

OSS Garis Panduan Pelaksanaan

Dasar Sektor Awam mengenai pelaksanaan OSS dibahagikan kepada 8 bidangDasar Sektor Awam mengenai pelaksanaan OSS dibahagikan kepada 8 bidang:

Penggunaan
  • Pengunaan OSS hendaklah berasaskan untuk pegurangan gangguan dan bertujuaan untuk perlaksanaan.
Perolehan
  • Perolehan OSS perlu berdasarkan merit , nilai wang , ketelusan , keselamatan dan boleh kendali, serta selaras dengan dasar-dasar perolehan Kerajaan dan mengikut prosedur.
Pemilikan
  • Pemilikan OSS harus merangkumi pelesenan perisian yang membolehkan hak untuk mengunakan dan mengubah suai perisian. Perlesenan bagi perisian yang dibangunkan dalam sektor awam harus serasi dengan lesen GPL, lesen BSD atau lesen GOM berdasarkan kesesuaian.
Teknologi
  • Teknologi OSS yang akan digunakan dalam sektor awam hendaklah mematuhi standard terbuka di seluruh dunia. Teknologi yang diperolehi akan dapat disokong oleh mana-mana pihak lain untuk memastikan sokongan mempunyai kesinambungan.
Perlaksanaan
  • Perlaksanaan OSS hendaklah berdasarkan kepada garis panduan yang dinyatakan dalam Pelan Pelaksanaan OSS Sektor Awam Teknikal Malaysia. Pelaksaan perlu memanfaatkan pengetahuan yang dikongsi dalam Knowledge Bank dan dengan kesan yang sedikit kepada operasi perniagaan.
Perkongsian Ilmu
  • Agensi Pelaksaan OSS perlu mendaftar inisiatif mereka di Knowledge BankKnowledge Bank. akan menjadi platform untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman.
Pendidikan
  • Pendidikan OSS perlu diperkenalkan melalui program berstruktur di setiap makmal IT sekolah untuk tahap pendidikan rendah, menengah dan pengajian tinggi.
Latihan
  • Agensi mesti komited dalam mendidik dan melatih semua kakitangan bagi memastika kecekapan mereka dalam OSS.

 

Garis Panduan

Agensi sektor awam boleh merujuk kepada garis panduan am yang berikut, apabila menilai atau merancang untuk perlaksanaan OSS.

  • Garis Panduan Aplikasi Web
  • Rujukan Senibina OSS
  • Menilai Penyelesaian OSS
  • Garis Panduan Bagi Memilih Melaksanakan OSS Pelesenan

 

Piawaian

Dokumen ini menyediakan cadangan terperinci yang terhasil daripada penyelidikan dan analisis yang dijalankan dalam pembangunan Rangka Kerja Kerajaan Malaysia untuk Perisian Sumber Terbuka (MyGIFOSS). Ia memgandungi maklumat mengenai perisian sumber terbuka (OSS), piawaian terbuka dan spesifikasi teknikal yang dicadangkan untuk diterima pakai di Malaysia. MyGIFSOSS disediakan sebagai tambahan kepada Rangka Kerja Kerajaan versi  (MyGIF) Malaysia, Ogos 2003.

Tujuan dokumen ini adalah untuk memberi panduan kepada agensi-agensi kerajaan dalam menerima pakai, dan penghijrahan kepada, OSS dalam rangka kerja ICT mereka. Ia menangani isu-isu mengenai penggunaan OSS dan perisian proprietari, integrasi OSS dengan sistem legasi, pertukaran maklumat dan data antara memastikan interoperabiliti antara sistem dan aplikasi.

OPEN SOURCE COMPETENCY CENTRE (OSCC)

Bahagian Pembangunan Aplikasi

Unit Pemodenan Tadbiran

Dan Perancangan Pengurusan Malaysia(MAMPU)

Jabatan Perdana Menteri

Level 4, Block B
Bangunan MKN-Embassy Techzone
No 3200  JalanTeknokrat 2
63000 Cyberjaya
Selangor, Malaysia

Telefon: +603-8000 8000
Faksimili: +603-8318 2162
Emel: osdec@mampu.gov.my
Website: oscc.mampu.gov.my