Keputusan Kerajaan Mengenai Pelaksanaan OSS

Pelaksanaan OSS adalah keputusan dari Kabinet. Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), telah diarahkan untuk mengkaji kemungkinan pelaksanaan OSS di Agensi Kerajaan Malaysia. Sebagai tindak balas kepada arahan itu, MAMPU telah menyediakan Memorandum bertajuk " Cadangan Pelaksanaan OSS dalam Sektor Awam Malaysia". Setiap cadangan telah dibentangkan oleh MAMPU dan disahkan oleh Kerajaan Malaysia pada 19 Jun 2002. Pelaksanaan OSS di Sektor Awam akan dijalankan serentak dengan pembinaan infrastruktur yang diperlukan seperti sokongan teknikal dan latihan semula dan pembangunan sumber manusia . Walau bagaimanapun, perubahan akan diperkenalkan secara berperingkat untuk memastikan bahawa kurangnya gangguan kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh sektor awam dan setiap perubahan akan diurus dengan baik.

 

Objektif Pelaksanaan OSS

  • Mengurangkan jumlah kos pemilikan
  • Meningkatkan kebebasan pilihan penggunaan perisian
  • Meningkatkan pengoperasian antara sistem
  • Meningkatkan pertumbuhan industri ICT
  • Meningkatkan pertumbuhan Industri OSS
  • Meningkatkan pertumbuhan pengguna OSS dan komuniti pemaju
  • Mengurangkan jurang digital

 

Prinsip Panduan untuk Pelaksanaan OSS

  • Sesuai untuk tujuan
  • Kurang gangguan pada pengoperasian
  • Kewujudan bersama sistem proprietari yang lain
  • Memanfaatkan kemudahan sedia ada , perkakasan , perisian dan kepakaran
  • Tidak didorong atau dikawal oleh perkakasan dan perisian vendor

OPEN SOURCE COMPETENCY CENTRE (OSCC)

Bahagian Pembangunan Aplikasi

Unit Pemodenan Tadbiran

Dan Perancangan Pengurusan Malaysia(MAMPU)

Jabatan Perdana Menteri

Level 4, Block B
Bangunan MKN-Embassy Techzone
No 3200  JalanTeknokrat 2
63000 Cyberjaya
Selangor, Malaysia

Telefon: +603-8000 8000
Faksimili: +603-8318 2162
Emel: osdec@mampu.gov.my
Website: oscc.mampu.gov.my