Follow us on Facebook
Home arrow News & Events arrow Majlis Pelancaran Program CTP Open Source Software (OSS) Universiti Sains Islam Malaysia
Majlis Pelancaran Program CTP Open Source Software (OSS) Universiti Sains Islam Malaysia Print

Tarikh    :    27 Jun 2012
Tempat  :    Ruang Legar, Aras 1, Bangunan Perpustakaan
                Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan

Majlis Pelancaran Program CTP Open Source Software (OSS) Universiti Sains Islam Malaysia, telah diadakan di USIM pada 27 Jun 2012.  Majlis ini telah dimulakan dengan Ucapan Aluan oleh Yang Berbahagia Encik Jasmin Jaimon Ketua Pustakawan Universiti Sains Islam Malaysia.  Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Ruziah Mokhtar, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Open Source dan Open Standard Sektor Awam, Bahagian Dasar dan Perancangan ICT, MAMPU sebagai wakil kepada YBhg Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU.

Majlis Pelancaran CTP Program OSS ini adalah bertujuan untuk mewujudkan satu komuniti pembekal latihan bagi pembangunan kemahiran dalam OSS.  Dengan permintaan yang semakin meningkat dalam pelaksanaan OSS, keperluan bagi latihan dalam bidang OSS dan pensijilan juga turut meningkat. Beberapa inisiatif dari OSCC MAMPU telah dirancang untuk menangani keperluan pembangunan kemahiran dalam OSS. Salah satu inisiatif tersebut adalah untuk meningkatkan jumlah kemudahan latihan OSS, melalui program Certified Training Provider (CTP).

Melalui program CTP, USIM telah dilantik bagi tempoh dua tahun bermula 1 November 2011 hingga 31 Oktober 2013 sebagai CTP.  Sebanyak 11 IPTA telahpun dilantik sebelum ini dan USIM adalah di antara lima IPTA terbaru yang dilantik mulai tahun 2011 bagi menjayakan pelaksanaan program OSS ini.  Bagi menyempurnakan Majlis ini, Puan Ruziah Mokhtar telah menyampaikan Sijil Watikah Perlantikan CTP kepada Encik Idris Takyan, Pengarah Pusat Teknologi Maklumat, yang disaksikan oleh Encik Jasmin Jaiman. 

Selain daripada itu, terdapat booth yang mempamerkan Sistem-sistem yang menggunakan OSS iaitu :
1. Produk OSCC – MAMPU
2. Aplikasi SMU USIM perisian sumber terbuka
3. Projek Laman Web USIM
4. Projek USIM Online
5. Projek Fatwa Management System (FMS)
6. Projek Dokumen Management (eImtiyaz)
7. Projek GOALS - LMS

Adalah menjadi harapan MAMPU supaya USIM terus memberikan komitmen dalam pelaksanaan program-program OSS dengan memperbanyakkan lagi kursus-kursus khasnya dalam bidang OSS.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah ke laman web iaitu http://opensource.mampu.gov.my atau http://www.oscc.org.my

 

Majlis sedang berlangsung
 
Puan Ruziah sedang memberi Ucapan Perasmian
 
Tetamu sedang membuat lawatan dan mendengar demo di booth OSCC
 
Puan Siti Hawa sedang mendengar taklimat mengenai produk yang menggunakan OSS