|
Tarikh : 12 – 13 Jun 2012 Tempat : The Puteri Pacific Johor Bahru, Johor Darul Takzim
Satu Seminar Program OSS Sektor Awam telah diadakan pada 12 & 13 Jun 2012 di The Puteri Pacific Johor Bahru. Seminar ini diadakan dengan tujuan membantu Sektor Awam melangkah ke Fasa III Self Reliance. Seminar selama dua hari ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Dr. Sapiah Haji Sakri, Pengarah, Bahagian Dasar dan Perancangan ICT, MAMPU.
Seminar ini telah dapat menarik ramai wakil dari pelbagai Agensi Sektor Awam di bahagian Zon Selatan. Ia merangkumi Johor, Melaka dan Selatan Pahang. Seramai 82 orang peserta yang mewakili 49 agensi Sektor Awam. Antara yang hadir adalah Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Kastam Di Raja Negeri Johor, Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor.
Tujuan utama Seminar ini diadakan adalah untuk memaklumkan objektif dan strategi Program OSS Sektor Awam Fasa III - Self Reliance kepada Agensi dan kumpulan sasaran. Selain daripada itu, program ini dapat menerangkan dengan lebih jelas dan terperinci akan polisi dan garis panduan dalam pelaksanaan Program OSS Sektor Awam Fasa III - Self Reliance. Usaha MAMPU dalam pelaksanaan Self Reliance ini dapat dimantapkan lagi melalu promosi produk dan perkhidmatan OSCC.
Antara topik yang dibentangkan oleh Penceramah yang terdiri daripada pegawai-pegawai Seksyen Open Source dan Open Standard Sektor Awam, MAMPU dan OSCC MAMPU adalah :
1. Program Perisian Sumber Terbuka (OSS) Sektor Awam Fasa III - Self Reliance 2. Pelan Perubahan Self Reliance OSS 3. OSS Implementation Guidelines 4. Malaysian Government Interoperability Framework OSS (MyGIFOSS) 5. Perkhidmatan-perkhidmatan OSCC MAMPU 6. Produk-produk OSCC MAMPU 7. Platform Kolaborasi OSCC MAMPU
Maklumbalas yang positif diberikan oleh peserta amat menggalakkan kerana peserta dapat melihat hasil pelaksanaan melalui perkongsian pengalaman oleh Penceramah Jemputan yang menggunakan OSS. Satu sesi forum untuk perkongsian pengalaman telah diadakan dan diketuai oleh Puan Tan King Ing, Timbalan Pengarah Seksyen Open Source dan Open Standard Sektor Awam sebagai moderator. Para penceramah untuk Seminar Regional Zon Selatan adalah terdiri daripada :
1. Kajian Kes Tentang Penggunaan Moodle untuk eLearning UTM YBhg. Prof. Dr. Mohd Noor bin Hassan Timbalan Pengarah, Centre for Teaching and Learning, Universiti Teknologi Malaysia
2. Perkongsian Kejayaan Pelaksanaan OSS Tuan Haji Mohsin bin Sarip Pengarah Teknologi Maklumat Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
3. An Experience of Developing Complex Web-based Application Using OSS Technology Encik Mohd Razak Samingan Pensyarah, Universiti Teknologi Malaysia
Secara keseluruhannya, usaha perkongsian maklumat diharap berterusan melalui medium seperti Facebook dan laman web OSCC agar usaha ke arah pemantapan Self Reliance akan mencapai matlamatnya. Seminar ini turut akan diadakan di Zon Pantai Timur (Kelantan, Pahang dan Terengganu), Zon Utara (Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak), Zon Tengah (Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur) dan Zon Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak).
Maklumat lanjut, bolehlah diperolehi di laman web http://opensource.mampu.gov.my atau http://www.oscc.org.my  Puan Tan King Ing bergambar kenangan bersama ahli panel. Sesi penyampaian cenderamata kepada salah seorang ahli panel.
|