|
|
News & Events
News
Bengkel Self Reliance Program OSS Sektor Awam Fasa III-Self Reliance
| Bengkel Self Reliance Program OSS Sektor Awam Fasa III-Self Reliance |
|
|
Tarikh : 25-26 APRIL 2012 Tempat : Dewan 6, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Putrajaya
Bengkel Self Reliance Program OSS Sektor Awam Fasa III telah berlangsung dengan jayanya pada 25-26 April 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Bengkel ini dihadiri oleh seramai 36 orang peserta dari 22 buah Kementerian. Majlis pada hari pertama dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Siti Hawa Mahadi yang mewakili Dr. Sapiah Hj Sakri, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan ICT MAMPU. Seterusnya pembentangan kertas kerja oleh pihak MAMPU OSCC dengan tajuk-tajuk berikut:
Taklimat Pengurusan Sesi Perbincangan Kumpulan turut diberikan oleh wakil dari MAMPU. Taklimat ini adalah bagi memberi penerangan kepada semua peserta mengenai perjalanan bengkel dan tugasan yang perlu dilakukan oleh para peserta.
Bengkel Self Reliance Program OSS Sektor Awam Fasa III ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Dr. Nor Aliah Mohd Zahri, Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyarankan agar semua Sektor Awam dapat bekerjasama dan berganding bahu bagi merealisasikan hasrat menjayakan Self Reliance ini. MAMPU sendiri akan sentiasa memberikan sokongan kepada Sektor Awam yang terlibat.
Sesi Plenari iaitu kajian kes telah dibentangkan oleh YBhg. Datuk Hj Zaini Md. Nor, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam. Kejayaan Perbadanan dalam melaksanakan OSS di dalam setiap urusan syarikat boleh dijadikan panduan kepada Sektor Awam yang lain.
Setelah sesi pembentangan kajian kes, para peserta dibahagikan kepada empat (4) kumpulan untuk membincangkan tajuk Mengenalpasti Faedah dan Cabaran Pelaksanaan OSS.
Bengkel pada hari ke-dua pula dimulakan dengan Sesi Plenari, kajian kes oleh Encik Abbas Abdul Wahab dari Jabatan Perancangan Bandar & Desa, Profesor Madya Dr. R. Badlishah Ahmad dari Universiti Malaysia Perlis dan Encik Megat Ali Megat Johari dari Kolej Matrikulasi Selangor. Dari kajian kes yang dibentangkan oleh ke tiga-tiga penceramah ini, dapat disimpulkan bahawa dalam menjayakan OSS dan membawanya ke tahap Self Reliance, ia memerlukan usaha yang berterusan dan sokongan padu terutamanya dari pihak atasan.
Encik Ahmad Soupian Hamzah dari OSCC telah membentangkan kertas kerja bertajuk Penggubalan Pelan Migrasi Kementerian bagi memberi panduan kepada para peserta.
Pada sesi akhir pula, para peserta membentangkan kertas perbincangan masing-masing.
Puan Tan King Ing, Timbalan Pengarah Seksyen Open Source & Open Standard Sektor Awam MAMPU dengan sukacitanya menyatakan bahawa bengkel kali ini telah berjaya dengan penyertaan dan sambutan baik dari kementerian-kementerian yang hadir. Beliau menyarankan agar wakil yang sama dihantar oleh kementerian terlibat pada sesi bengkel yang akan datang agar segala maklumat yang diperolehi dapat disebarkan dengan baik. Para peserta juga diminta untuk menyediakan Pelan Migrasi bagi kementerian masing-masing dan MAMPU akan memberikan garis panduan bagi membantu para peserta.
MAMPU OSCC mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang hadir di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada bengkel pada kali ini. Untuk makluman, kertas pembentangan boleh dimuat turun di www.oscc.gov.my.
![]() Ucapan Perasmian oleh YBhg. Dato' Dr. Nor Aliah Mohd Zahri, Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU Pembentangan Penggubalan Pelan Migrasi Kementerian oleh En. Ahmad Soupian dari OSCC Sesi
Plenari: Kajian Kes oleh YBhg. Datuk Hj Zaini bin Md. Nor, Ketua
Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan
Awam ![]() Sesi Plenari: Kajian Kes oleh Prof. Madya Dr. R. Badlishah Ahmad, Dekan Universiti Malaysia Perlis ![]() Sesi Plenari: Kajian Kes oleh En. Megat Ali Megat Johari dari Kolej Matrikulasi Selangor ![]() Sesi Plenari: Kajian Kes oleh En. Abbas Abdul Wahab dari Jabatan Perancangan Bandar dan Desa ![]() Perbincangan Kumpulan
|





